LimBanG
disana ada kaseh
disini ada sayang
dapatkah ia bersatu?
disana ada tulus
disini ada mulus
dapatkah ia bersatu?
disana ada bulan
disini ada purnama
dapatkah ia bersatu?
disana ada hina
disini ada dina
usah biarkan ia bersatu
pasti punah kita semua
elok bijak berlimbang rasa...
SaLaM SeJahteRa
Semoga dapat kita lestarikan laman ini dengan
menyumbangkan karya pelbagai bentuk dan ceritaberita yang membina terutama dari mantan pelajar.
Sekolah Menengah Telok Kurau..
.
Asal kapas dibuat benang.
Dari benang dibuat kain.
Tempat jatuh lagi dikenang.
Inikan pula tempat belajar dan bermain.
.
Sekian WasSaLam .
Copyright Control Pantun Warisan.
Friday, 5 October 2012
Sunday, 24 June 2012
SarU
aku berlangkah saruk
tidak kerana mabuk
bukan berjalan tak tengok
tapi jalan banyak lekok
pimpinlah aku
aku berpandang saruk
tidak kerana terhantuk
bukan mata terasa kantuk
tapi jalan banyak belok
pimpinlah aku
jiwa ku bersaruk
tidak begitu teruk
kandil berjelaga diselaput habuk
jalan ku menuju bongok
pimpin dan bimbingi aku
buka mata hati ku
mahu ku tengok...
aku berlangkah saruk
tidak kerana mabuk
bukan berjalan tak tengok
tapi jalan banyak lekok
pimpinlah aku
aku berpandang saruk
tidak kerana terhantuk
bukan mata terasa kantuk
tapi jalan banyak belok
pimpinlah aku
jiwa ku bersaruk
tidak begitu teruk
kandil berjelaga diselaput habuk
jalan ku menuju bongok
pimpin dan bimbingi aku
buka mata hati ku
mahu ku tengok...
Tuesday, 22 May 2012
beriKan ku rinDu
Berikan ku rinDu
Sekian lama aku kehilangan mu
Aku lupa
Aku alpa
Aku lalai
Sekian lama aku meninggalkan mu
Aku sengaja
Aku suka
Aku rela
Sekian lama aku merintih
Aku sedih
Aku terharu
Aku sebal
Berikan aku rindu
Agar dapat ku merona hidup ini
Kerana ku tahu
Pintu mu tidak pernah dikunci
Buka lah
Dengar lah
Aku datang beramai-ramai
Berikan….berikanlah…
Wednesday, 18 April 2012
kEriau

hai kawan aku disini!
tak dengarkah aku berteriak
dengarkanlah dendangan ku!
hai kawan aku disini!
tak nampakkah aku berlonjak
tengoklah tarian ku!
hai kawan aku disini!
tak bacakah aku menulis
tulisan panggung jiwa!
hai kawan aku disini!
tak perasankah aku berdiri
tegak kaku tabik soldadu!
hai kawan kenapa maseh berdiam
apakah kau suka pada sepi
bukankah sepi itu...mati???
Sunday, 8 April 2012
ciNdai rinDu

saban hari aku melamun
mendongak kelangit tinggi
memandang awan-awan komulus
tertanya
dimanakah rindu ?
saban hari aku bermenung
menongkat dagu
memandang sepi keliling
tertanya
dimanakah rindu?
walau berhasrat kepingin
tetap silu beriring
telah ku intai celahan jendela
walau tampak seri mu terserlah
maseh jua lidah ku kelu
maseh tubuh ku kaku
tertanya
apakah kau yang ku rindu???
Friday, 23 March 2012
daRWis

biarkan daku santap sesuap nasi
berlauk kicap dan telor ceplok
asal dapat lapar ku beralas
biarkan daku minum seteguk air
air dingin yang kebeningan
asal dapat dahaga ku hilang
biarkan daku sehelai sepinggang
bergamis lusoh tidak kecompangan
asal dapat menutup bugil tubuh
biarkan daku lelap sebentar
bukan culas dalam jaga
asal dapat menyelinap karma
biarkan daku menyiseh gulita
bermunajat menyintap kekunang
asal dapat gerun ku dilantan
biarkan daku membakar kuras jahil
warkah dungu yang menyesatkan
agar tersirna ternyala nirmala...
Sunday, 18 March 2012
WAn

teater lama dipanggung disebut bangsaWan
se erti taulan disebut kaWan
mencari gaduh disebut laWan
berkepul dibawah langit disebut aWan
suka memberi disebut dermaWan
makan tak habis disebut hartaWan
rajin bekerja disebut usahaWan
wanita cantek tinggi bernama siti aWan
penyanyi dangdut bernama iWan
selebriti masak bernama chef Wan
bekas minuman disebut caWan
makan nasi berkuah raWan
kebun diMandai bernama taman haiWan
sakit matematik disebut angka saWan
ikan penyembuh sakit bernama arWan
wira peperangan dinobat pahlaWan
muka yang jelita nampak rupaWan
orang yang serbaguna disebut gunaWan
kelas TKSS 1978 tepi ofis ialah E Four Wan
Thursday, 8 March 2012
SiaPa tahU
hari ini kita kedana
siapa tahu esok kaya
hari ini kita hamba
siapa tahu esok mulya
hari ini kita dungu
siapa tahu esok bijak
hari ini kita buta
siapa tahu esok celik
tapi.....
hari ini kita mewah
mana tahu esok papa
hari ini kita mulya
mana tahu esok dina
hari ini kita bijak
mana tahu esok haprak
hari ini kita celik
mana tahu esok meraba
hanya kerana kita alpa
persis serkam dimakan bara
juga hari ini kita berhayat
pasti nanti kita berakhirat
dan...
semua dah tahu
Saturday, 3 March 2012
Rima paWana

merdu kau hadir berswara
alunan sayup menghibur jiwa
gemersek dedaunan bermain nada
gurindam selingkar bersama
ingin ku kirim pesan kesana
sampaikanlah duhai pawana
agar ia lunak didengar
bisikan ku nan berima
biar pesan ku melayang
menyusur dicelahan lubang
mudahan berupa suatu rampaian
kau terima dengan keikhlasan
walau rima ku berbahasa rendah
moga dihati mu terasa indah
cuba ku susun tautan kekata
untuk mu kado sempurna
daktil sepuloh telah ku kira
tunjuk detik tamat tiba
dapatlah kamu berolah rasa
rima pawana ku utusan pena...
Wednesday, 29 February 2012
emBun

kau turun berkawanan
merenyai kesemutan
guguran mu berdampingan
berkepit tanpa tangan
hadir mu melembab peri
muncul mu mendingini
terasa menusuk tulang
berdiri roma kulit meriang
kau merambai sesuku malam
walau bercanda dalam diam
karma mu kau akur
susunan Agung yang mengatur
dikala fajar menyala sinaran
kau berangkat meninggalkan titis
bermanik kilau pada dedaunan
aura pagi tersenyum manis
Sunday, 26 February 2012
oranG kaTa
orang kata taman disini berseri
banyak kembang berwarna-warni
tapi rerumput yang berdiri
tersembunyi onak berduri
orang kata udara disini nyaman
bebas dari nista kotoran
tapi kuman najis jadi santapan
tersembunyi dalam hirupan
orang kata disini benar bistari
akal pintar yang kaya diampui
reka tipu menguntungkan diri
tersembunyi rompakan dinihari
orang kata kita berpunya
kita malas dan kedana
sifat ramah tamu kita mulyakan
kini ketuanan jadi rampasan
orang kata diri kita layu
diam kita bagai setuju
kita bangkit dikata melawan
susu diberi: tuba jadi balasan..?
banyak kembang berwarna-warni
tapi rerumput yang berdiri
tersembunyi onak berduri
orang kata udara disini nyaman
bebas dari nista kotoran
tapi kuman najis jadi santapan
tersembunyi dalam hirupan
orang kata disini benar bistari
akal pintar yang kaya diampui
reka tipu menguntungkan diri
tersembunyi rompakan dinihari
orang kata kita berpunya
kita malas dan kedana
sifat ramah tamu kita mulyakan
kini ketuanan jadi rampasan
orang kata diri kita layu
diam kita bagai setuju
kita bangkit dikata melawan
susu diberi: tuba jadi balasan..?
Sunday, 19 February 2012
aLa canGGunG
kami menari menunjuk punggung
tidak berhasrat persis barong
ala canggung
maafkan kami membeliak mata
kami pempan dicelik pendita
tidak lagi dipukau buta
ala canggung
maafkan kami meninggi swara
memecah diam sekian lama
hormat merendah penaka hamba
ala canggung
kami akan maafkan kamu
sekiranya kamu mengangguk setuju
usah meludah dipinggan sendiri
mengata dulang paku serpih..
ala canggung ala canggung
tra la la la....
Saturday, 11 February 2012
Enjit-enjiT semuT

walau kita berjalan sekawan
berjalan sehala mencari hayat
mereka reka kita beza berkalang
kerana kita tidak setempat
walau kita disebut senama
dimana pun kita dikenali semua
mereka reka kita berbeza
kerana kita berlainan warna
busung kita tidak sergam
komeng kita tidak mengancam
mereka reka phobia seram
thesis dendam akan dilatam
mereka reka agar kita rekah
kalangan kita ada yang angguk kepala
macam kita kepapaan minda
macam kita berkasta pariah
enjit-enjit semut
siapa sakit naik atas
usah cakap ikut sedap mulut
ada ubi ada batas
Sunday, 5 February 2012
LembaRan kuduS

tidak kami meniup belon
tidak kami membakar mercun
kami hanya berdoa
tidak kami bernandung hibur
tidak kami alpa syukur
kami hanya berdoa
tidak kami bertuankan kamu
tidak kami sesat berilmu
kami hanya berdoa
tidak kami juga tidak Yang Mulya
hajat kami damping bersama
syufaat mu kami pinta
kau utusan dipersada maya
nobatkan kami agar diredha
perkenankan kami ahli keluarga mulya
....sempena maulidir rasul
Friday, 3 February 2012
Melukut ditePian GanTanG

berdendang senandung tanya
gurindam bercampur seloka
tak semerdu tak sumbang kata
memecah sepi mengantan nada
berjalan mundar-mandir
kelibat tiada yang toleh
bagai angin menumpang lalu
tiada yang endah ambil tahu
mata tak buta
telinga tak tuli
ada seolah tiada
tiada apa tah lagi
baik-baik menanam ubi
nenas juga ditanam orang
sudah puas menanam budi
emas juga dipandang orang
kadang kita ditirikan
kadang kita dipinggirkan
kadang kita disanjungkan
melukut kita ditepian gantang
Wednesday, 18 January 2012
KeCundanG

kau datang berdiri dipanggung
bertitah tak peduli singgung
beralas helah memasai bingung
kau ditabal kerana dorong
kau dinobat kerana serong
kau berjanji tinggal kosong
kau berpura lakun tempatan
tapi bersifat jemput luaran
bumi bertapak diludah hinaan
indah khabar dari rupa
kami dihamba kamu berlela
tak ubah Firaun bertakhta
gagah mu kian lusuh
barek mu kian meruntuh
doa kami menadah tangan
kecundanglah kamu kezaliman...
Saturday, 14 January 2012
PemPaN
Wednesday, 4 January 2012
Tapak ku Tak beraLas

dari tapak selebar dua jari
membesar aku hingga kini
ku hirup udara nyaman
hidup disini penuh semaian
dewasa ku berangan cita
cita ku terhambat hala
aku dituduh melakukan nista
angkara bangsa dan ugama
kerana seekor kerbau berlumpur semu
dogma dengki kau buku
bahasaku,bangsaku,agamaku.budayaku
seolah pengkhianat kerakusan mu
kopiah maseh ku pakai
tangkal tak akan ku gadai
tuturan ku tidak berkusut masai
gamis ku tidak berperai
cogan mu bermaksud hasad
pasti puing bawa ke lahad
haruskah ku sewa rumah sendiri
umpama aku tak punya bumi
rumah ku syurga ku
bumi ku pijak langit ku junjung
walau ditirikan tetap ampuh
berijok panji ku kibar agung
hingga kini tertanya diri
dimana Melayu ku berbumi ?
Subscribe to:
Comments (Atom)




