
dari tapak selebar dua jari
membesar aku hingga kini
ku hirup udara nyaman
hidup disini penuh semaian
dewasa ku berangan cita
cita ku terhambat hala
aku dituduh melakukan nista
angkara bangsa dan ugama
kerana seekor kerbau berlumpur semu
dogma dengki kau buku
bahasaku,bangsaku,agamaku.budayaku
seolah pengkhianat kerakusan mu
kopiah maseh ku pakai
tangkal tak akan ku gadai
tuturan ku tidak berkusut masai
gamis ku tidak berperai
cogan mu bermaksud hasad
pasti puing bawa ke lahad
haruskah ku sewa rumah sendiri
umpama aku tak punya bumi
rumah ku syurga ku
bumi ku pijak langit ku junjung
walau ditirikan tetap ampuh
berijok panji ku kibar agung
hingga kini tertanya diri
dimana Melayu ku berbumi ?
No comments:
Post a Comment