Saturday, 11 February 2012

Enjit-enjiT semuT


walau kita berjalan sekawan
berjalan sehala mencari hayat
mereka reka kita beza berkalang
kerana kita tidak setempat

walau kita disebut senama
dimana pun kita dikenali semua
mereka reka kita berbeza
kerana kita berlainan warna

busung kita tidak sergam
komeng kita tidak mengancam
mereka reka phobia seram
thesis dendam akan dilatam

mereka reka agar kita rekah
kalangan kita ada yang angguk kepala
macam kita kepapaan minda
macam kita berkasta pariah

enjit-enjit semut
siapa sakit naik atas
usah cakap ikut sedap mulut
ada ubi ada batas

No comments:

Post a Comment