hari demi hari deras berlalu
detik berderap meninggalkan waktu
tetap lembar menunjuk bisu
rumah baru tidak di alu
mengapa maseh mengawet rasa
mengapa simpan pekong di dada
belakang lalang usah di sembunyi
telor tembelang berbau hanyi
di sini pasti ada
gundah gulana bertaut jenaka
mungkin tidak semanis korma
sikit banyak hilang gila
photo tatapan memang bisu
tatap berkali belo menjadi
klip kenangan sumbangan tuju
agar berdendang tika bersendiri
kata di sini kata pembuka
berpindah rumah langsir mewarna
elok kita duduk bersila
kita bermula dalang bercerita
salam mampir mbah lanang
ReplyDeletesekian sepurnama teman menghilang
kelana mencari merata jalan
akhir nya ketemu dirumah panjang
siapa tuan rumah kelana tak kisah
asal di sini dapat kita berkhabar
hajat menggiat kilan belasah
berdalang kita menyuloh layar
memang benar kata mbah
orang sengeh sendiri tatap gambar
tidak semua mengalung kata
dah dapat buat bodoh saja
lembu punya susu sapi dapat nama
yang punya diri pun sepi saja
siapa dia siapa peduli
sumbangan membodohkan diri
semua orang ada pekong
tunggu masa nampak bolong
kelana menirai tidak mengharung
moga mbah tidak terserong
Tidak terduga ditempat ini
ReplyDeleteNujum jangka ianya terang
Sampai juga Mbah disini
Nujum sangka masih di seberang
Jangan yang lain mendongak dagu
Mari mulakan adab bersantun
Jangan yang tetap menunggu
Mari kita mulakan pantun
Untong lama untung baru
Sama berdagang mebuat papan
Pantun lama pantun baru
Sama menyumbang buat tatapan
Kabare, Mbah membuka pantun
ReplyDeleteGembira hati tak terkira
Salam ketemu Kelana dan Nujum
Salam gembira mereka yang membaca
Terimakasih tuan tanah
Lembaran sudah bertukar wajah
Berseri menawan dan indah
Kelihatan cantik lebih gah..
Apakah ini di panggil se-iring
Sama-sama kita menghadap
Walau telepon terus berdering
Orangnya ada tapi tak mahu jawab?
Tok Pujangga……..
ReplyDeleteMenggetuk pintu salam diberi
Melangkah masuk melapor diri
Mengapa masih mencari-cari
Yang didepan mata tidak di peduli
Mungkin telefon mode nya vaibrait
Atau mungkin mode nya senyap
Menggapa hati mu terasa sakit
Panggilan dipilih agar tak tersilap
Tidak berdiam terus berlangkah
Menjaring mentari hingga terbenam
Perkara yang lepas, yang sudah tu sudah
Lembaran baru mari kita bersemayam
Mbah………
Bulos rhinyau seriding mengkehrong
Jenis ikan yang kita tahu
Nama nya juga pekong
Dimana disimpan pasti bau
Nujum……….
Apa yang lama apa yang baru
Orang nya lama minda nya baru
Atau minda nya lama orang nya baru
Mohon jelas, mohon diberi tahu
Hore hore sekalian berhimpun
ReplyDeleteHore hore terhidang pantun
Toleh toleh bertambah rangkap
Boleh tak boleh siap jawab
Nujum ini maseh bistari
Gerak sikit cakap lebih
Tapi firasat baik hati
Cuma merepek yang aneh-aneh
Dalam diam kalam bertikam
Benda baru benda lama
Baru Dan lama itu semacam
Berputar satu roda
Hampir sebulan kita bercuti
Tampak tulus kita menjelma
Tapi ku kira terkurang lagi
Mana pergi teman lagi dua
ladies and gentlemen
ReplyDeletecatwomen and supermen
ditingkap or duduk dilantai simen
mbah mampir mau komen
siji loro telur ayam
mbah libur yang lain diam
limo nenam pitu waklu
kenapa maseh yang membisu
kalian ramai bersekolah tinggi
tapi semakin memesong diri
pintar menatap petah bercakap
segan trauma silu menjawab
apakah rumah baru kurang terhias
atau mbah menghambat kias
cari kurang penuhkan puas
usah diam disajikan balas
omongan kelana mbah teruja
cakap nujum suatu persada
kata pujangga aluan bermula
tanya kalam persis wong gila
Pantun mbah bunyi berserak
ReplyDeleteMungkin lama tak berborak
Jadi orang usah suka mintak
Bikin malu jika tak hendak
Biar kita jaga deria
Biar lebih jangan kurang
Pandailah kita berseloka antara
Perikatan kita pegang
Kelana bimbit tipin bekalan
Buat teman mencari kata
Kita berkongsi akal-akalan
Buat asahan luangan minda
Rumah baru berganti langsir
Tingkap terbuka tidak diselak
Biar angin masuk berdesir
Agar nyaman hindar gelebak
Orang lain bersilah tajam
Orang kita bersilah keyboard
Orang lain dirundung muram
Kita orang penawar senggugot
Senggugot penyakit bulan
ReplyDeleteMenggugut memberi amaran
Kita masih menanti kehadiran
Teman-teman serta kawan-kawan
Rumah baru nampak beseri
Tingkap ada tidak dibuka
Mengapa diam menggunci diri
Angin tak masuk bergelap pula
Berkas tipin cara lama
Bungkusan kertas trend sekarang
Cara lama lebih bermakna
Zaman sekarang ringkas senang
Mbah Nujum Kelana Bentara
Tabahkan hati terus mencipta
Tiada dia siapa lah kita
Tiada kita siapa lah dia
Sombong bongkak pendiam peramah
Gembira sedih muram kelakar
Dalam banyak banyak rumah
Rumah apa yang tak hangus dibakar
Pujangga memang pujangga
ReplyDeleteDatang jengok datang singgah
Datang berangkap berbahasa sanggah
Apa tak sayang lidah ?
Kenapa bulan senggugot disebut
Cuma bikin sakit perut
Orang dengar bikin takut
Tambah lagi yang ada semput
Tingkap tertutup duduk bergelap
Alamat orang berkasta bengap
Mungkin didalam berinternetan
Berkelek dimaya ampaian
Kenapa kata bekas tipin bertakuk lama
Nasi dan kuah diasingkan dua
Guna kertas rasanya lain
Yang sama cuma ikan asin
Mika siapa kami siapa
Sama-sama menghulur lengan
Kita berkata kita berdekah
Sedekahkan satu senyuman
Wahai tuan pujangga yang sesunggohnya
ReplyDeleteAda pun rumah yang tak hangus dibakar
Sesuai yang hamba duga, tidak ada tanggohnya
Adalah rumah yang di arus bukan dibelukar
Menyinarkan lampu buat pelaut
Duduknya rumah disebelah tepi
Izin Nujum beri jawab tersebut
Apakah benar ianya Rumah Api
Brader nujum memang ilmuwan
ReplyDeleteYok minum kopi secawan
Belum dikias dah ligat menjawab
Apa ada yang makan suap ?
Rumah api bantu jalanan kapal
Semut api sengat menyebal
Keretapi beroda tanpa tayar
Batu api bahaya besar
Jawapan nujum dari se putut
Kadang baca sakit perut
Pujangga bertanya persis bijak
Tapi orait berlojik Nampak
‘Mahu kelana bertanya juga
Persoal dua benda
Bergerak sama kejar mengejar
Sampai kiamat pun tak bersama’
Jangan biarkan mbah menjawab
Orang bodoh banyak luyak
Akal pendek memantun gagap
Jika jawab banyak borak
Ahlil Nujum,
ReplyDeleteHamba bukan mahu buat kelakar
Jawapan mu memang bagus
Kereta Api, semut Api tak terbakar
Mengapa mesti rumah Api jadi hangus
Hati hati dengan Pujangga
Lain ditanya lain jawab yang di maksudkan
Pintar menggodehkan kata-kata
Tapi jawapan tetap seakan
Bukan hanya Pujangga sahaja
Mbah dan kelana juga kaki klentong
Tanya dan jawapan tidak serupa
Seperti ayam telor sebiji rioh sekampung
Tengok ini bang Laksa Makna
Laksa bererti Perkasa
Bukan erti pahlawan bersenjata
Tapi Perkasa makna kata kata
Pegi dah Tok Pujangga
Lu ingat lu saja yang terrer
Jangan sangka gua tak ada mata
Lu punya lobang pasti terbongkar
Goblok baghal kelabu asap
ReplyDeleteKenapa payah nak menjawab
Sekolah tinggi banyak yang senyap
Apakah ijazah beli dipasar gelap ?
Rumah api bantu jalanan kapal
Semut api menggigit sebal
Keretapi roda tak bertayar
Batu api bahaya besar
Tempat api tiada kayu
Gunung berapi memuntah lahar
Berapi-api semangat jitu
Cili api memedas rasa
Bergelar api tak membakar mesti
Api bermaksud kepanasan
Matahari seharian membakar diri
Tapi maseh tergantung kebenderangan
Nujum memang orang ilmuwan
Yuk kita ngumber kopi secawan
Ligat menjawab pantang ditanya
Tapi jawapan tak kena
Semangat Mbah berapi-api
ReplyDeleteMemberi taklimat agar mengerti
Agak keras kalau diteliti
Seperti orang tak punya hati
Api-api sejenis binatang
Juga di panggil kunang-kunang
Waktu malam berterbangan
Menggeluarkan cahaya gemerlipan
Bunga api tak berdahan
Disembahkan pada hari kebesaran
Bermacam bentuk rekaan
Warna-warni berkilauan
Senjata api diciptakan
ledakan bahan dari blerang
Digunakan untuk mempertahan
Juga alat untuk berperang
Sungei Api-api di Pasir Ris
Bakau tebing tersusun baris
Hati ini takkan tergores
Walaupun sumbangan anda sebaris
MerApi nama gunung
ReplyDeleteBagansiapiapi di Sumatera
Hendak jawab jadi bingung
Menyusun kata menjadi mantra
Periuk api jangan di tanak
Jika ditanak akan meledak
Aku nak dia tak nak
Mungkin kurang pakai bedak
Stesyen minyak nama BP
Minyak juga bahan api
Mancis adalah penggores api
Blerang disalut di hujung lidi
Ayuverda salah satu terApi
Minyak disapu seluruh badan
Di urut seperti menggiling cili
Rasa sakit tidak tertahan
HApi birthday to you
Bukan sebutan bahasa melayu
Ucapan tanda kesyukuran
Ulang tahun kelahiran
Gendang gendut tali kecApi
Kenyang perut suka hati
Mungkin ada perkataan lagi
Tak terbakar hangus bila disebut api
Sudah kelana kaji teliti
ReplyDeleteRangkap saudara berulang kali
Bingit membingit perkataan api
Tetap dungu mencari pasti
Akhir ku temu mungkin betul
Jawapan ku tidak tolol
Rumah yang tak hangus dibakar
Pasti igloo rumah Eskimo dikhutub utara
Igloo diperbuat dari bebatu air
Panas tinggi pasti mencair
Tiada berpaku atau berpapan
Berbentuk ala kubah jadi bikinan
Kini kelana menjual tanya
Ada sepasang sebanyak benda
Gerak sama berhenti sama
Kejar mengejar tapi tak dekat bersama
Cuba yang bijak jelaskan
Soal Tanya kelana utarakan
Kini kita berdadu kata
Nombor dua kelan punya
Kita gerak dia gerak
ReplyDeleteKita teriak dia pekak
Kita berhenti dia berhenti
Kita bergelap dia lenyap diri
Jika bayang bukan jawapan
Tengahari bantut pagi memanjang
Datang malam warna malap
Langsung ghaib bila gelap
Apakah benda kelana Tanya
Kejar mengejar sesama
Mbah fikir semampu gila
Atau saja-saja benda tak ada
Biar mbah rilek dulu
Mbah mahu potong kuku
Lepas itu mahu yang gitu-gitu
Nanti segar hilang buntu
Laksa Makna,
ReplyDeleteDendam ungkapan Laksa Makna
Mem "PEGI" kan Pujangga diri
Pertanyaan, jawapan Ku sempurna
Dituduh menggodehkan teka-teki
Kelana,
Jawapan mu boleh diterima
Rumah igloo di khutub utara
Tak hangus hanya cair sahaja
Kesan cairan air tetap ada
RUMAH TANGGA didirikan
Api cinta dari perasaan
Membakar jiwa tak keharuan
Tidak hangus, itu lah jawapan
Belum sempat memberi jawapan
Kelana sibuk memberi pertanyaan
Tak tahu malu tak segan
Belum habis cerita dah dipesongkan
Teka-teki Kelana bersangkutan
Dedaun masa pembayang tambahan
Kadang di atas kadang dibawah
Beputaran ligat satu arah
Mbah,
Agak nya Mbah gila bayang
Tapi takut bayang sendiri
Gelap terang tetap bayang
Mengapa jawapan tidak diberi
Mbah memang banyak waktu
Kuku mu panjang, potong dulu
Mungkin rambut panjang, berkutu
Amalkan mandi rambut disyampu
Kalau Mbah nak gitu-gitu
Tak payah beri semua tahu
Bimbang ada yang cemburu
Yang tak dapat nanti malu
Gugur kemboja di pusara
Satu-satu berlalu pergi
Sebelum berjumpa mencari tanya
Selepas bergabung, sendiri-sendiri
Endas mu sampiyan pujangga
ReplyDeleteAreb ngomong melulu Aja
Mbah ini mandi patigeni
Rambut disampoo tubuh disalooni
Mbah ini lagi pikirin
Mau jawab yang bikin-bikin
Sebab itu mbah bermantra
Mana tahu Ada penunjuknya
Kelana Tanya yang pelik-pelik
Biol kepala tak gelek
Tambah laksamakna datang menyanggah
Bikin mbah gabrah kata
Kok Mbah, ngomong dikit sebel
ReplyDeleteUdah tua makin bandel
Ngomong kayak jaka tegel
Seharusnya mulut mu di segel
Sila nonton TaliBesen......
Juga buat yang nama nya Mas (Tho Mas)
Kalam Bentara Laksa Makna
ReplyDeleteSalam sejatera Pujangga Kelana
Pertanyaan Kelana ku beri jawapan
Roda putaran terdapat di kenderaan
Ku rasa Mbah dan Pujangga
Dah tahu jawapan dari mula
Bertikam kata sesama mereka
Jawapan disimpan mungkin sengaja
bijak kalam memang bijak
ReplyDeletenumber one jawapan di mintak
roda berputar ligat berligat
memang jawapan kalam tepat
biar mereka berkonsipirasi
biar simpan jawapan basi
kita minta mereka tak kasi
konon hasrat berimej sensasi
kini kelana ada tanya
tentang ayam jantan betina
minum ayer kepala keatas
apakah ayam menunjuk puas ?
Mengapa pula menuduh kami
ReplyDeleteBerkomplot berkonsipirasi
Tak semua benda disimpan akan basi
Terserah kami kalau nak kongsi
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete