Thursday, 5 May 2011

PantuN

hari demi hari deras berlalu
detik berderap meninggalkan waktu
tetap lembar menunjuk bisu
rumah baru tidak di alu

mengapa maseh mengawet rasa
mengapa simpan pekong di dada
belakang lalang usah di sembunyi
telor tembelang berbau hanyi

di sini pasti ada
gundah gulana bertaut jenaka
mungkin tidak semanis korma
sikit banyak hilang gila

photo tatapan memang bisu
tatap berkali belo menjadi
klip kenangan sumbangan tuju
agar berdendang tika bersendiri

kata di sini kata pembuka
berpindah rumah langsir mewarna
elok kita duduk bersila
kita bermula dalang bercerita

24 comments:

  1. salam mampir mbah lanang
    sekian sepurnama teman menghilang
    kelana mencari merata jalan
    akhir nya ketemu dirumah panjang

    siapa tuan rumah kelana tak kisah
    asal di sini dapat kita berkhabar
    hajat menggiat kilan belasah
    berdalang kita menyuloh layar

    memang benar kata mbah
    orang sengeh sendiri tatap gambar
    tidak semua mengalung kata
    dah dapat buat bodoh saja

    lembu punya susu sapi dapat nama
    yang punya diri pun sepi saja
    siapa dia siapa peduli
    sumbangan membodohkan diri

    semua orang ada pekong
    tunggu masa nampak bolong
    kelana menirai tidak mengharung
    moga mbah tidak terserong

    ReplyDelete
  2. Tidak terduga ditempat ini
    Nujum jangka ianya terang
    Sampai juga Mbah disini
    Nujum sangka masih di seberang

    Jangan yang lain mendongak dagu
    Mari mulakan adab bersantun
    Jangan yang tetap menunggu
    Mari kita mulakan pantun

    Untong lama untung baru
    Sama berdagang mebuat papan
    Pantun lama pantun baru
    Sama menyumbang buat tatapan

    ReplyDelete
  3. Kabare, Mbah membuka pantun
    Gembira hati tak terkira
    Salam ketemu Kelana dan Nujum
    Salam gembira mereka yang membaca

    Terimakasih tuan tanah
    Lembaran sudah bertukar wajah
    Berseri menawan dan indah
    Kelihatan cantik lebih gah..

    Apakah ini di panggil se-iring
    Sama-sama kita menghadap
    Walau telepon terus berdering
    Orangnya ada tapi tak mahu jawab?

    ReplyDelete
  4. Tok Pujangga……..
    Menggetuk pintu salam diberi
    Melangkah masuk melapor diri
    Mengapa masih mencari-cari
    Yang didepan mata tidak di peduli

    Mungkin telefon mode nya vaibrait
    Atau mungkin mode nya senyap
    Menggapa hati mu terasa sakit
    Panggilan dipilih agar tak tersilap

    Tidak berdiam terus berlangkah
    Menjaring mentari hingga terbenam
    Perkara yang lepas, yang sudah tu sudah
    Lembaran baru mari kita bersemayam

    Mbah………
    Bulos rhinyau seriding mengkehrong
    Jenis ikan yang kita tahu
    Nama nya juga pekong
    Dimana disimpan pasti bau

    Nujum……….
    Apa yang lama apa yang baru
    Orang nya lama minda nya baru
    Atau minda nya lama orang nya baru
    Mohon jelas, mohon diberi tahu

    ReplyDelete
  5. Hore hore sekalian berhimpun
    Hore hore terhidang pantun
    Toleh toleh bertambah rangkap
    Boleh tak boleh siap jawab

    Nujum ini maseh bistari
    Gerak sikit cakap lebih
    Tapi firasat baik hati
    Cuma merepek yang aneh-aneh

    Dalam diam kalam bertikam
    Benda baru benda lama
    Baru Dan lama itu semacam
    Berputar satu roda

    Hampir sebulan kita bercuti
    Tampak tulus kita menjelma
    Tapi ku kira terkurang lagi
    Mana pergi teman lagi dua

    ReplyDelete
  6. ladies and gentlemen
    catwomen and supermen
    ditingkap or duduk dilantai simen
    mbah mampir mau komen

    siji loro telur ayam
    mbah libur yang lain diam
    limo nenam pitu waklu
    kenapa maseh yang membisu

    kalian ramai bersekolah tinggi
    tapi semakin memesong diri
    pintar menatap petah bercakap
    segan trauma silu menjawab

    apakah rumah baru kurang terhias
    atau mbah menghambat kias
    cari kurang penuhkan puas
    usah diam disajikan balas

    omongan kelana mbah teruja
    cakap nujum suatu persada
    kata pujangga aluan bermula
    tanya kalam persis wong gila

    ReplyDelete
  7. Pantun mbah bunyi berserak
    Mungkin lama tak berborak
    Jadi orang usah suka mintak
    Bikin malu jika tak hendak

    Biar kita jaga deria
    Biar lebih jangan kurang
    Pandailah kita berseloka antara
    Perikatan kita pegang

    Kelana bimbit tipin bekalan
    Buat teman mencari kata
    Kita berkongsi akal-akalan
    Buat asahan luangan minda

    Rumah baru berganti langsir
    Tingkap terbuka tidak diselak
    Biar angin masuk berdesir
    Agar nyaman hindar gelebak

    Orang lain bersilah tajam
    Orang kita bersilah keyboard
    Orang lain dirundung muram
    Kita orang penawar senggugot

    ReplyDelete
  8. Senggugot penyakit bulan
    Menggugut memberi amaran
    Kita masih menanti kehadiran
    Teman-teman serta kawan-kawan

    Rumah baru nampak beseri
    Tingkap ada tidak dibuka
    Mengapa diam menggunci diri
    Angin tak masuk bergelap pula

    Berkas tipin cara lama
    Bungkusan kertas trend sekarang
    Cara lama lebih bermakna
    Zaman sekarang ringkas senang

    Mbah Nujum Kelana Bentara
    Tabahkan hati terus mencipta
    Tiada dia siapa lah kita
    Tiada kita siapa lah dia

    Sombong bongkak pendiam peramah
    Gembira sedih muram kelakar
    Dalam banyak banyak rumah
    Rumah apa yang tak hangus dibakar

    ReplyDelete
  9. Pujangga memang pujangga
    Datang jengok datang singgah
    Datang berangkap berbahasa sanggah
    Apa tak sayang lidah ?

    Kenapa bulan senggugot disebut
    Cuma bikin sakit perut
    Orang dengar bikin takut
    Tambah lagi yang ada semput

    Tingkap tertutup duduk bergelap
    Alamat orang berkasta bengap
    Mungkin didalam berinternetan
    Berkelek dimaya ampaian

    Kenapa kata bekas tipin bertakuk lama
    Nasi dan kuah diasingkan dua
    Guna kertas rasanya lain
    Yang sama cuma ikan asin

    Mika siapa kami siapa
    Sama-sama menghulur lengan
    Kita berkata kita berdekah
    Sedekahkan satu senyuman

    ReplyDelete
  10. Wahai tuan pujangga yang sesunggohnya
    Ada pun rumah yang tak hangus dibakar
    Sesuai yang hamba duga, tidak ada tanggohnya
    Adalah rumah yang di arus bukan dibelukar

    Menyinarkan lampu buat pelaut
    Duduknya rumah disebelah tepi
    Izin Nujum beri jawab tersebut
    Apakah benar ianya Rumah Api

    ReplyDelete
  11. Brader nujum memang ilmuwan
    Yok minum kopi secawan
    Belum dikias dah ligat menjawab
    Apa ada yang makan suap ?

    Rumah api bantu jalanan kapal
    Semut api sengat menyebal
    Keretapi beroda tanpa tayar
    Batu api bahaya besar

    Jawapan nujum dari se putut
    Kadang baca sakit perut
    Pujangga bertanya persis bijak
    Tapi orait berlojik Nampak

    ‘Mahu kelana bertanya juga
    Persoal dua benda
    Bergerak sama kejar mengejar
    Sampai kiamat pun tak bersama’

    Jangan biarkan mbah menjawab
    Orang bodoh banyak luyak
    Akal pendek memantun gagap
    Jika jawab banyak borak

    ReplyDelete
  12. Ahlil Nujum,
    Hamba bukan mahu buat kelakar
    Jawapan mu memang bagus
    Kereta Api, semut Api tak terbakar
    Mengapa mesti rumah Api jadi hangus

    Hati hati dengan Pujangga
    Lain ditanya lain jawab yang di maksudkan
    Pintar menggodehkan kata-kata
    Tapi jawapan tetap seakan

    Bukan hanya Pujangga sahaja
    Mbah dan kelana juga kaki klentong
    Tanya dan jawapan tidak serupa
    Seperti ayam telor sebiji rioh sekampung

    Tengok ini bang Laksa Makna
    Laksa bererti Perkasa
    Bukan erti pahlawan bersenjata
    Tapi Perkasa makna kata kata

    Pegi dah Tok Pujangga
    Lu ingat lu saja yang terrer
    Jangan sangka gua tak ada mata
    Lu punya lobang pasti terbongkar

    ReplyDelete
  13. Goblok baghal kelabu asap
    Kenapa payah nak menjawab
    Sekolah tinggi banyak yang senyap
    Apakah ijazah beli dipasar gelap ?

    Rumah api bantu jalanan kapal
    Semut api menggigit sebal
    Keretapi roda tak bertayar
    Batu api bahaya besar

    Tempat api tiada kayu
    Gunung berapi memuntah lahar
    Berapi-api semangat jitu
    Cili api memedas rasa

    Bergelar api tak membakar mesti
    Api bermaksud kepanasan
    Matahari seharian membakar diri
    Tapi maseh tergantung kebenderangan

    Nujum memang orang ilmuwan
    Yuk kita ngumber kopi secawan
    Ligat menjawab pantang ditanya
    Tapi jawapan tak kena

    ReplyDelete
  14. Semangat Mbah berapi-api
    Memberi taklimat agar mengerti
    Agak keras kalau diteliti
    Seperti orang tak punya hati

    Api-api sejenis binatang
    Juga di panggil kunang-kunang
    Waktu malam berterbangan
    Menggeluarkan cahaya gemerlipan

    Bunga api tak berdahan
    Disembahkan pada hari kebesaran
    Bermacam bentuk rekaan
    Warna-warni berkilauan

    Senjata api diciptakan
    ledakan bahan dari blerang
    Digunakan untuk mempertahan
    Juga alat untuk berperang

    Sungei Api-api di Pasir Ris
    Bakau tebing tersusun baris
    Hati ini takkan tergores
    Walaupun sumbangan anda sebaris

    ReplyDelete
  15. MerApi nama gunung
    Bagansiapiapi di Sumatera
    Hendak jawab jadi bingung
    Menyusun kata menjadi mantra

    Periuk api jangan di tanak
    Jika ditanak akan meledak
    Aku nak dia tak nak
    Mungkin kurang pakai bedak

    Stesyen minyak nama BP
    Minyak juga bahan api
    Mancis adalah penggores api
    Blerang disalut di hujung lidi

    Ayuverda salah satu terApi
    Minyak disapu seluruh badan
    Di urut seperti menggiling cili
    Rasa sakit tidak tertahan

    HApi birthday to you
    Bukan sebutan bahasa melayu
    Ucapan tanda kesyukuran
    Ulang tahun kelahiran

    Gendang gendut tali kecApi
    Kenyang perut suka hati
    Mungkin ada perkataan lagi
    Tak terbakar hangus bila disebut api

    ReplyDelete
  16. Sudah kelana kaji teliti
    Rangkap saudara berulang kali
    Bingit membingit perkataan api
    Tetap dungu mencari pasti

    Akhir ku temu mungkin betul
    Jawapan ku tidak tolol
    Rumah yang tak hangus dibakar
    Pasti igloo rumah Eskimo dikhutub utara

    Igloo diperbuat dari bebatu air
    Panas tinggi pasti mencair
    Tiada berpaku atau berpapan
    Berbentuk ala kubah jadi bikinan

    Kini kelana menjual tanya
    Ada sepasang sebanyak benda
    Gerak sama berhenti sama
    Kejar mengejar tapi tak dekat bersama

    Cuba yang bijak jelaskan
    Soal Tanya kelana utarakan
    Kini kita berdadu kata
    Nombor dua kelan punya

    ReplyDelete
  17. Kita gerak dia gerak
    Kita teriak dia pekak
    Kita berhenti dia berhenti
    Kita bergelap dia lenyap diri

    Jika bayang bukan jawapan
    Tengahari bantut pagi memanjang
    Datang malam warna malap
    Langsung ghaib bila gelap

    Apakah benda kelana Tanya
    Kejar mengejar sesama
    Mbah fikir semampu gila
    Atau saja-saja benda tak ada

    Biar mbah rilek dulu
    Mbah mahu potong kuku
    Lepas itu mahu yang gitu-gitu
    Nanti segar hilang buntu

    ReplyDelete
  18. Laksa Makna,
    Dendam ungkapan Laksa Makna
    Mem "PEGI" kan Pujangga diri
    Pertanyaan, jawapan Ku sempurna
    Dituduh menggodehkan teka-teki

    Kelana,
    Jawapan mu boleh diterima
    Rumah igloo di khutub utara
    Tak hangus hanya cair sahaja
    Kesan cairan air tetap ada

    RUMAH TANGGA didirikan
    Api cinta dari perasaan
    Membakar jiwa tak keharuan
    Tidak hangus, itu lah jawapan

    Belum sempat memberi jawapan
    Kelana sibuk memberi pertanyaan
    Tak tahu malu tak segan
    Belum habis cerita dah dipesongkan

    Teka-teki Kelana bersangkutan
    Dedaun masa pembayang tambahan
    Kadang di atas kadang dibawah
    Beputaran ligat satu arah

    Mbah,
    Agak nya Mbah gila bayang
    Tapi takut bayang sendiri
    Gelap terang tetap bayang
    Mengapa jawapan tidak diberi

    Mbah memang banyak waktu
    Kuku mu panjang, potong dulu
    Mungkin rambut panjang, berkutu
    Amalkan mandi rambut disyampu

    Kalau Mbah nak gitu-gitu
    Tak payah beri semua tahu
    Bimbang ada yang cemburu
    Yang tak dapat nanti malu

    Gugur kemboja di pusara
    Satu-satu berlalu pergi
    Sebelum berjumpa mencari tanya
    Selepas bergabung, sendiri-sendiri

    ReplyDelete
  19. Endas mu sampiyan pujangga
    Areb ngomong melulu Aja
    Mbah ini mandi patigeni
    Rambut disampoo tubuh disalooni

    Mbah ini lagi pikirin
    Mau jawab yang bikin-bikin
    Sebab itu mbah bermantra
    Mana tahu Ada penunjuknya

    Kelana Tanya yang pelik-pelik
    Biol kepala tak gelek
    Tambah laksamakna datang menyanggah
    Bikin mbah gabrah kata

    ReplyDelete
  20. Kok Mbah, ngomong dikit sebel
    Udah tua makin bandel
    Ngomong kayak jaka tegel
    Seharusnya mulut mu di segel

    Sila nonton TaliBesen......
    Juga buat yang nama nya Mas (Tho Mas)

    ReplyDelete
  21. Kalam Bentara Laksa Makna
    Salam sejatera Pujangga Kelana
    Pertanyaan Kelana ku beri jawapan
    Roda putaran terdapat di kenderaan

    Ku rasa Mbah dan Pujangga
    Dah tahu jawapan dari mula
    Bertikam kata sesama mereka
    Jawapan disimpan mungkin sengaja

    ReplyDelete
  22. bijak kalam memang bijak
    number one jawapan di mintak
    roda berputar ligat berligat
    memang jawapan kalam tepat

    biar mereka berkonsipirasi
    biar simpan jawapan basi
    kita minta mereka tak kasi
    konon hasrat berimej sensasi

    kini kelana ada tanya
    tentang ayam jantan betina
    minum ayer kepala keatas
    apakah ayam menunjuk puas ?

    ReplyDelete
  23. Mengapa pula menuduh kami
    Berkomplot berkonsipirasi
    Tak semua benda disimpan akan basi
    Terserah kami kalau nak kongsi

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete