
kau datang berdiri dipanggung
bertitah tak peduli singgung
beralas helah memasai bingung
kau ditabal kerana dorong
kau dinobat kerana serong
kau berjanji tinggal kosong
kau berpura lakun tempatan
tapi bersifat jemput luaran
bumi bertapak diludah hinaan
indah khabar dari rupa
kami dihamba kamu berlela
tak ubah Firaun bertakhta
gagah mu kian lusuh
barek mu kian meruntuh
doa kami menadah tangan
kecundanglah kamu kezaliman...

