KedaTanGan
nun jauh berkat mu tampak
cahaya mu menghala tapak
angin berdesir seolah bumi meretak
tamsil hadir mu menyirna porak
ledang mu menyala bening
haruman mu mewangi seiring
aura mu merapat damping
ganjar mu tersusun piring
siang dan malam tidak henti
kau bertaburan sana sini
pemberianMu tidak terperi
merebut sebelum akhir kini
Marhaban Ya Ramadhan
kecil tapak tangan : nyiru ku tadahkan
Marhaban Ahlan Wa Sahlan
sila mampir hambar ku bentang
Sambungan......
ReplyDeleteKeHaDiran
sana sini terawih di laksanakan
padat awal pertama ramadhan
sana sini bezar dijahjan
riuh rendah kesibukkan
ramadhan lepas penuh kenangan
ada yang indah, ada not so happy one
baju kurung ku dua tone
aura asli kelihatan anggun
menghitung hari mengerjakan puasa
menghitung zakat dan fitrah
menghitung bajet perbelanjaan
tidak menjadi pemborosan
tengah ramadhan mulai sepi
sembahyang duha siang hari
menanti lailatul qadar menghampiri
lampu klap-klip di pasang kini
menyeri rumah berhiasan cahaya
bersiap berhias berbelanja
kedatangan hari raya
ramadhan pergi shawal berganti
ada yang menangis
mungkin tidak akan
dapat bertemu ramadhan
yang akan datang....
Nirmala ?
ReplyDeleteSetiap hari kau bersolat
Persembah dosa memohon ampun
Setiap Ramadhan kau berpuasa
Menjaga tertib menghindar larangan
Setiap detik kau berkomat tasbih
Takut digering kuman alpa
Setiap marah kau bijak tenang
Agar bahang tidak menyala
Setiap kata kau susun manis
Moga tujuan terpaut hala
Tapi sayang seribu kali sayang
Cuma bayangan tidak bertuan
Kau membarang peri
Mohor mu membusam
Pudar nirmala mu ?
KePanasan
ReplyDeleteAku kelaparan
Menggelodak kantung perut kekosongan
Bergeseran otot menjana bahang
Aku bertahan
Aku kepanasan
Aku kehausan
Kering alor tekak ini
Berkedutan kontang tubuh
Aku bertahan
Aku kepanasan
Aku keasingan
Menjauhkan dari yang dilarang
Menyepi diri dari kebiasaan
Aku bertahan
Aku kepanasan
Aku perlaku demi ketahanan
Ketahanan membutik kepanasan
Kepanasan terkawal memutih kepuasan
Kepuasan bertiti akuran
Kan ku sediakan keranjang
Kan ku pungut barkat mu Ramadhan
Kan ku sinambungkan
Bertahan nafsu orak-arik kepanasan
Moga aku diperkuatkan iman...
NaZam RamadhaN
ReplyDeleteBeribu bintang bertabur didada langit
Cuma sebutir purnama bercahaya kencana
Beribu harapan ku tatang seirit
Kabulkan lah walau satu yang berupa
Hampir setahun aku bercindai
Hampir sekurun aku memendam
Telah lama aku berubai
Jumpakan aku walau semalam
Aku bernazam bagi mu ratna
Aku berpuisi membongkar gulana
Siang dan malam kita bersama
Berdakap dan bercumbu mesra
Ku susun kata sebagai fakir
Bertasbih,bertahmid dan bertakbir
Ku mohon malam seribu bulan
Ku hidang nazam Ramadhan
TitaH InanG
ReplyDeleteMuncul mu melorek garis
Melukis sempadan membeda parak
Mohor mu menjatuhkan noktah
Menggundi tingkah dari godaan
Ku akur tuntutan titah
Demi mengemudi segara dugaan
Sedaya ada kan ku pertahankan
Seupaya cuba ku laksanakan
Kan ku nyala kandil jadian
Melangkah tapak di titian neraca
Siang mu dugaan bergelombang
Malam mu ku sujud kesyukuran
Kan ku nanti malam seribu bulan
Kan ku tatang suatu anugerah
Harap ku temui janjian mahsuri
Buat sajen di akhir nanti
PemerGian Syahdu
ReplyDeleteDalam diam tapak mu menghala tuju
Diri mu beralun melambai pergi
Kata mu akan kembali luluh
Salam tinggal aku tersendiri
Penaka embun hadir sepanjang malam
Mendingin tubuh ke tulang dalam
Fajar menyinsing kau mulai hilang
Lentera mentari pembawa terang
Pergi lah kamu menghadap masa
Biarkan daku menggalas resah
Notamu kan ku bawa bersama
Dalam jiwa bermahsuri raja
Demi kamu takkan ku titiskan nira
Ku akur dan ku redha
Moga suratan aku dinobat
Bersama mereka ditabal syufaat
Wada' Ya Ramadhan...
SaLaM LebaRaN
ReplyDeleteBunyi mu mendingin syahdu
Suara mu beralun merdu
Berlinang airmata menoreh sendu
Merengek jiwa rasa terkedu
Cahaya panjut mu sekeliling benderang
Bagai menyambut yang datang
Kau mohor tamat perjuangan
Mengimbau satu kemenangan
Datang mu aku bersujud
Sini sana ramai yang melutut
Menghulur tangan maaf dipinta
Moga tersirna segala noda
Hari ini kita berSyawal ria
Bersama taulan dan keluarga
Kita bertakbir sesorak suara
Salam Lebaran untuk semua