Belah ?
Ada yang Cuba mengetuk canang
Ada puak ingin kesinambungan
Sekuat bunyi kelentang-kelentang
Sekuat tenaga orang dibilang
Pasiban dah terbina enggan disinggah
Malah mahu memacak bingkai baru
Gerbang kami kunci tak pernah
kenapa tidak menjenguk dulu
Apa salah duduk bersama
Apa salah sapa-menyapa
Mengapa pula adakan pendua
Mengapa cuba adakan beza
Disini kami membentang hambar
Disini kami tiada bercotar
Disini kami lama gamit mengimbau
Disini kami menghimpun lampau
Disana ada sebatang lorong
Ikutilah agar terdorong
Mungkin pasiban kami berpolong
Cogan kami bertera kosong
Tak Ser
ReplyDeleteTak bersuara itu sepi
Sepi tak berarti bisu
Tiada karna tak nampak
Hilang tak berarti pupus
Tak kepingin menolak rasa
Menolak mungkin tak serasi
Lain Padang lain belalang
Buat diam simpan tembelang
Durian dinama karna berduri
Tak mewangi tapi enak
Tak usah buat jika tak sudi
Takut tak tulus gerak
Kita susun maksud berungkai
Maksud kita bernobat jelata
Tak pesona tiada berpakai
Dihujung Pena penyampai kata
Perada
ReplyDeleteBerbunyi mungkin tak sehalus bahasa
Bereja mungkin tak sempurna tera
Berungkap mungkin tak sebijak kata
Bertulis mungkin tak secantek reka
Moga hajat ditaut jiwa
Moga jiwa terobat rasa
Moga rasa berlipur lara
Moga lara terpesuk sudah
Tak ku tulis diatas perada
Perada mewah penunjuknya megah
Susun teratur Cuba bersusila
Ayat luahan gurindam mergastua
Aku pingin kesampai ditara
Disana hikayat manik kata
Bukan perada puisi ku singgah
Semoga dihati mu dapat berkisah
Nota Kecil untuk Tuhan
ReplyDeleteTelah ku coretkan disini
Dapat ku lestarikan hajat
Nafas hayat ini anugerah Mu
Anugerah yang tiada tolok bandingan
Nota ku ini penuh nista noda
Angkara alpa aku bersia
Ku mohon insaf
Ku persembah taubat
Ku harap ijab terjawab
Usah disoyatkan nota ku
Usah dibakar derai nota ku
Walau notaku selebar kaduk
Terimalah Yang Maha Pengampun
Nagam
ReplyDeleteTidak bijak ku menggubah bebunga
Untuk persembahan titipan tanda
Tidak bijak ku menggubah lagu
Untuk persembahan titipan lara
Tidak bijak ku mengarang cerita
Benak ku sugul kekelaman kata
Tidak bijak ku mencantas karang
Karang berupa kehendak karma
Tidak bijak ku berdendang merdu
Suara ku sumbang kedengaran
Tidak bijak ku membodohkan diri
Buat salah menghina kutuk sendiri
Kau nagam gubahan alam
Kau berupa membijak berkarangan
TanGan
ReplyDeleteTang An
Tan Gan
Ta Ngan
Tanga N
T Angan
30 tahun yang sudah lepas
Aku bertepuk Sebelah TANGAN
Lalu ku kuburkan
30 tahun di saat ini
Ku diminta hulur Sebelah TANGAN
Pada yang meminta kema’afan
30 tahun yang akan datang
Mungkin hanya boleh angkat Sebelah TANGAN
Kronik angin ahmar sebelah badan
Sebelah tangan simbul nisan
Terpacak tegak kuntum bertaburan
Tanda akhir sisa kehihupan
Pasti ketemu kedua belah tangan
Memeluk tubuh di atas perut
Dengan kiri dibawah kanan
Dingin kaku untuk di kapankan
Kesinabungan dua belah tangan diteruskan
Mengangkat menadah doa dibacakan
Agar roh nya di cucuri rahmat
Amin ya rabbil allamin
Moral puisi:
Sebelah tangan di kuburkan
Dua belah tangan pun kena kuburkan
Ada yang tak puas hati
“Tangan kan baru tahu”
Kepiran
ReplyDeletePada pasu itu
Ada kembang tanaman
Berkuntum mewarna
Wangi mengharum bau
Mengimbau sekawan kupu-kupu
Tika bayu memukul lalu
Berlenggang kembang menari lenggok
Berkelopak seri bermahsuri puja
Tapi...
Kembang itu sekadar dipinggiran
Dipelusuk mata tak pandang
Sekadar nira embun yang menjenguk
Sekadar agas mulai bersarang
Sekadar gering di biarkan layu
Hidup segan mati tak mahu
Kau mengusang dina kerana kepiran