Sawan MomoK
dalam sepi kau menjelma
kau datang membahana jiwa
mengutus suka dan duka
membakar sumbu benderang lentera
udara haprak berubah nyaman
bebunga warna menghias taman
dayung siap di hujung tangan
molek kita gerakkan sampan
usah gusar janganlah takut
tidak sakit gigitan semut
tidak diri berubah reput
tidak akal bernafas semput
orang lapar disuap makan
orang kantuk disorong bantal
kenapa maseh kephobiatiqan
simpan takut menjadi bekal
CT
ReplyDeleteTerima “KASIH”…… diterima boleh
Daun keladi tolak ketepi
Banyak sangat sayang sampai seribu
Jawapan dah ada
(Yang pasti semua jawapan masih belum terang)
Pasal CT tengok dalam gelap..!!!!
Nak tahu tengok di siang hari
Kalau di malam hari… petik suwis lampu
Kelihatan yang lain sudah member tanda-tanda
Saya juga akan memberitahu selepas berjaya
Menemui Gusti Raden Adjeng Retno Dumilah
Daun selaseh daun keladi
ReplyDeleteTerima kasih pada yang sudi
Dear Anonymous,
ReplyDeleteWith the greatest feeling of joy, WELCOME ONBOARD.
Yours,
Admin
Nujum
ReplyDeleteMemang hebat puisi “Sembunyi Diri”
Mengambarkan perangai mu sendiri
Bila Sultan perintahkan menghadap diri
Dengan pantas cabut lari
Kerna tiada jawapan dapat diberi
Tapi fahaman patek lain pula ber-erti
Sembunyi diri bermakna
sembunyikan identiti sambil memberi
Apakah sembunyi diri yang ini dimaksudkan
sembunyi dan berdiam diri
Sungguh mendalam kalau mahu di-ertikan
Bagus Nujum… excellent…..welldone
Kalam Bentara,
ReplyDelete"Kalam" ber erti ucapan.
Suatu semulajadi yang hebat semasa berbicara.
Kehebatan "Kalam" terletak di huruf Qaf.
Diganti huruf Sin menjadi Salam.
Diganti huruf Mim menjadi Malam.
Selamat Malam, Kalam.
Diganti huruf Dal menjadi Dalam.
Memang dalam pengertian Tuan Kalam.
MutunG
ReplyDeletesekian lama kau ku semai
sekian detik kau ku belai
setiap malam datang embunan dingin
menemani mu hingga fajar menyinsing
kau mekar mengharum wangi
kau berkuntum kelopak berwarni
mengimbau kawanan kupu
bermain-main terbang berpusu
mantra mu berimbau-imbau
bayu berdesir daun memukau
tapi diri mu hanya sekadar
berkembang mengikut karma
datang tangan memetik mu
buat kalungan hajat qalbu
kini bersendiri aku terkaku
tiada berolah tidak mampu
yang tertinggal dibekas pasu
termutung pokok bunga layu
ReSah
ReplyDeleteJantung ku berdegup kencang
Seolah berlari di balapan
Tubuh ku menitis peluh
Seolah berada di ketuhar
Seluroh badan ku menggeletar
Seolah diserang sakit cikuniya
Benak ku pusing
Seolah dilamun mabuk cinta
Aku berteriak keseorangan
Mengapa begini ?
Kenapa tidak bergitu?
Aku kegelisahan
Aku kerisauan
Aku kecanduan
Karna gagal menghasilkan pusi
Untuk mu yang manis…
LuluK
ReplyDeleteHidup ku ini penuh berlimbang
Ku redah setiap pelusuk bersimpang
Atap ku siang bertemu malam
Perjalanan tidak melorat hati
Kantong hajat berkadut peri
Namun tapak tidak ku undur diri
Ditangan ku genggam liwa
Mencari dihujung lengkang sebutir loklok
Pasti ada bukan dileluri orang
Setiap langkah ku terdengar bisikan
Mengejek jangan pergi
Jangan teruskan seruan hati
Tapi maseh aku percaya
Langgam ku berlintap suci
Hajat diam ku di luluk Bistari
BerPelana Emas
ReplyDeleteDia memohon rayu
Dia menjual kata manis
Dia berikrar janji
Dia membawa bahagia
Dia memacang oso
Ampulah dia…
Kamu mendengar taksub
Kamu tergoda alpa
Kamu terpesona kaku
Selama ini dia lah pembela
Selama ini dia lah jagoh
Selama ini dia lah Oya
Tapi sekian lama ini
Dia juga telah memperli
Dia juga maseh mencerca
Dia juga sedang memperlekeh
Tepak sireh junjung mu
Susu yang di beri
Tuba yang dibalas
Diatas pelana itu dia mendongak
Dibawah kamu tercungap
Sekarang ini kamu pula merayu
Sekarang ini dia menuli diri
Sekarang ini kamu kedana
Seolah menyewa dirumah sendiri
Kamu pusaka sehelai pinggang
Dia yang berpelana emas
Berhati sama karat tak nampak
Ruah
ReplyDeleteDisini dah ku pukul kentong
Menyaring bunyi berdengong
Disini dah ku alamatkan
Ada warta ada penyampaian
Disini aku berdiri
Usah dibiarkan menanti
Disini aku ingin berucap
Jangan tunggu hari gelap
Disini aku berdamba
Dengarkan jika pesona
Disini ku berpena mergastua
Ada coretan buat semua
Maseh aku menanti kambarutan
Maseh aku menyimpan kalamdan
Maseh tinta membasah legam
Maseh segar anugerah alam
Disini dah ku sahut
Disini dah ku bedok
Disana maseh melutut
Bertauk seru meruah lolok
Berat
ReplyDeleteBerat mata memandang
Berat lagi bahu memikul
Lebih berat lagi janji yang diikat
Seberat yang dipertanggungjawabkan
Yang lebih memberatkan lagi
Perhitungan yang akan diperberatkan
Akan sesuatu yang tidak pernah diambil berat
Seberat tabiat amalan
Yang memberatkan perjalanan
Bagi mendapatkan ganjaran yang berat
Maka jagalah beratmu
Jangan sampai mudarat
Hingga sampai diwaktu sakrat
Beratnya tak membawa berkat
Runduk
ReplyDeleteSekonon Aku orang pandai
Sekonon Lihat ijazah ku
Sekonon Lihat pekerjaan ku
Sekonon Lumayan gaji ku
Sekonon Aku orang mampu
Sekonon Kamu orang bodoh
Sekonon Kamu Tiada ijazah
Sekonon Jelek pekerjaan mu
Sekonon Gaji tak cukup
Sekonon Kamu orang papa
Berkonon pandai hanya pinjaman
Berkonon ijazah hanya suratan
Berkonon kerja hanya pencarian
Berkonon lumayan hanya bayaran
Berkonon mampu tidak kesegalaan
Berkonon bodoh bukan pintaan
Berkonon ijazah suatu tunjukkan
Berkonon jelek bukan pencurian
Berkonon gaji sekadar pelepasan
Berkonon papa tetap kesyukuran
Usah leka bila diganjar
Bila kurang banyakkan sedar
Bila sedar usah lupa diri
Ingat diri berkhalwat hati
Takut runduk keimanan segi
Turi-Turi
ReplyDeleteIni namanya Sangkar Pura
Ini namanya Pulo Ujong
Ini namanya Syonanto
Ini namanya Ta Ma Shi
Ini namanya Temasek
Yang terjelas dan berasas
Ini namanya SingaPura
Tinggal nama tidak berupa
Singgah Pura kini jelma
Berselindung disebalik mata
Cuba renung usah berjika
kenaPa diaM
ReplyDeletemata mu melirik pada ku
bermain bola mata
tapi berpaling bila berhadap
kenapa diam
bibir tersenyum komat-kamit
entah apa cakap tiada ku tahu
tapi terkatup bila berhadap
kenapa diam
wajah meraut sejuta cerita
berpusar dari sanubari
tapi merengut bila berhadap
kenapa diam
maseh diri kaku membeku
tamsil boneka lilin
walau berdenyut nadi hayat
berdiam diri
kerana diam itu selamat?
Maseh ku Bernafas
ReplyDeleteKu bangkit subuh dari beradu
Terasa lega menyaman tubuh
Ku meraba rata diri ku
Ku cubit-cubit pipi ku
Ku tekap telapak tangan di nadi
Ku pandang disekeliling kamar
Ohh..maseh lagi aku dianugerah
Nafas berhayat buat titipan
Syukur ku pada Mu ILLahi
Puisi hidup ku maseh Kau bekalkan.
18-02-11
peNumaH
ReplyDeletesedetik telah berlalu
seminit telah berlalu
sejam telah berlalu
sehari telah berlalu
sepekan telah berlalu
sepurnama telah berlalu
yang berlalu menunjuk sudah
yang berlaku mungkin berulang
yang berangan mungkin beragan
yang belum banyakkan doa
yang dapat banyakkan redha
yang sama mungkin kekal
sepurnama berubah
usia bertambah
setiap detik dianugerah
beramanah memikul penumah
ninGSun
ReplyDeletetidak bisa ku lupakan senyuman bibir mu
tidak bisa ku lupakan jelingan mata mu
tidak bisa ku lupakan wajah ayu mu
tidak bisa ku lupakan lembut suara mu
tidak bisa ku lena tanpa bermimpikan mu
tidak bisa ku kenyang tanpa disisi mu
yang ku bisa bikin segalanya
bila kau bukan milik ku
karna penentuan satu kepastian
ku tugukan boneka ningsun
Sembuang
ReplyDeleteTidak mahukah kau mengikut
Tidak sudikah kau menurut
Bersama kita berdayung
Bersama kita belayar kolek
Kita menuju kepulau sana
Pulau dibawah rendangan awan
Kau takut mengharung samudera
Kau gentar pukulan badai amuk
Kau gerun diambung ombak
Kau bimbang tak kesampaian
Kau risau ditelan segara ganas
Kau gelisah akan terpisah hidup
Usah kau resah
Diantara laut dalam ada pemancang
Kita rehat seketika
Kita tambat di sembuang
maLa
ReplyDeleteentah mengapa terjadi begini
sudah ku cuba
sudah ku berlintap seharian
teguh ku berkeringat
namun kejadian
tak dapat ku hindar
mana silapnya
maseh ku buntu mendungu
aku termanggu
tiada bisikan mengirim khabar
apakan daya jadi lebur
berputar roda tersembab kebumi
harus dikembalikan pada karma
mungkin aku terlupa
Inding
ReplyDeleteCuba lah kau perhatikan
Usah sedetik kau menghilang pandang
Kau renung setiap gerak penjuru
Cuba lah kau dengarkan
Usah sedetik kau tulikan
Kau dengarkan setiap nafas berbunyi
Cuba lah kau katakan
Usah sedetik kau membisu bahasa
Kau berkecek bertauladan
Cuba lah kau gedungkan
Usah sedetik kau rapuhkan
Kau kubukan persembahan mewangi
Pasti titian nirwana terbentang
Pasti ijab hati di kabul
Pasti kejora bersinar di ijok mu
Di LanGGar toDak
ReplyDeleteBertitah baginda kalian raayat
Negeri kita dalam darurat
Berkorbanlah Demi selamat
Kita diserang todak haramjat
Satu persatu nyawa melayang
Menyerah nyawa membayar piutang
Baginda tersedu berfikir buntu
Takut beraja bertahta piatu
Datang anak akal menyembah
Membantu raja mendapat jaya
Batang pisang dijadikan ham bat
Todak tewas serangan tamat
Tapi bijak anak tidak lama
Jasa anak dibalas hina
Hukum mati anak terima
Takut cacing naik kemata
Baginda terkisah merujuk pemerintah
Anak tersurat merujuk raayat bawah
Dongeng dulu merepek dikata
Tapi kini terjadi didepan mata
Singapura dilanggar todak
Todak darat berumur budak
Sekali datang Ayer bah melurah
Elok terhambar pantai Berubah
Baginda zalim layak disanggah
Baginda adil daulat disembah
Bersilang Kali khandar dialih tempat
Cacing tetap dihina sifat
Dulu Singapura telah dilanggar todak
Kini Singapura maseh dilanggar todak
Mungkin Singapura Akan dilanggar todak
Selagi baginda zalim Dan tamak
Tempua bersarang rendah
ReplyDelete" Aku sudi jadi suruhan mu
Aku Mahu turuti kata mu
Aku rela jadi boneka mainan mu
Maaf kan lah aku
Aku sedar aku khilaf
Aku tahu Aku luyak
Aku insaf "
kata tak serupa bikin
Orang kaya tunjuk miskin
Berkoyan harta kau songlap
Menitis hiba konon sembab
Dalam hati sembunyi harap
Naik kuasa berdiri tegap
Awaslah kamu yang berpaling
Ku cari hingga kelobang cacing
"Tolong bantui Aku
Tolong kasihan aku
Pileh lah aku
Jadikan Aku wakil mu"
mEnEluntanG
ReplyDeleteeh eh dia ke kanan
ada apa disana ?
oh oh dia ke kiri
ada apa disitu ?
laa dia mundur
kenapa pula ?
aduh dia maju ke mari
apa hal ni ?
gerak jalan tidak menentu
tubuh longlai persis lesu
bibir terkatup seolah bisu
mata tak larat tampak kuyu
tapi usia belum tua
kenapa kurang maya tenaga
dicotar berdolak-dalik kata
tiada pedoman tiada hala
secebis kata melintang
buat diri seperti lalang
kelubunG
ReplyDeletekamu dengar tak suara itu
beralun kata tersusun bahasa
lunak terdengar pesona
kau dengar tak tepukan itu
tepukan tangan seanak kecil
melembut bunyi nya
tapi bunyi suara dari mana
tak kelihatan orangnya
tak tahu siapa dia
oh dipojok sana ada kain
terselubung satu tubuh
menyembunyikan yang dicari
siapa kah kau ke itu ?
PanJak
ReplyDeleteAyuh marilah berdendang
Dendang kita berpati rindu
Rindu kita karna terpisah
Pisah kita angkara waktu
Ayuh marilah menari
Tari kita berlipur lara
Berlipur lara agar pangling
Lupakan sekala mengunggun ria
Saat ini kita beralun
Melunak lagu bahasa jiwa
Saat ini kita membunga
Langkah tari mengikut panjak
Biar kita tidak berpanggung
Biar kita tidak berbumbung
Asal budaya tidak bergoyah
Asal bahasa tekun dijiwa
Biarkan panjak bermain merdu
Biarkan ramai terhibur lalu
Biarkan dendang berbunyi suka
Biarkan tari berjoget bunga
GiRi
ReplyDeleteBerbatu ku melangkah
Berpeluh tubuh membasah
Lebih sepekan berlalu masa
Onak perjalanan harus diredah
Makin ku daki
Semakin meninggi
Makin di aras panggung
Semakin jiwa komeng beragung
Tiba di puncak
Naluri berpandak
Sujud syukur ku sembah
Pinta ku di anugerah
Ku usung mongkor tanda
Buat teman jadikan hala
Di sini aku berdiri
Qudrat Mu aku di giri
Si
ReplyDeleteItu periok ada naSi
Boleh dimakan belum baSi
Itu perempuan sekSi
Siapakah nama boleh kaSi
Perjalanan hidup berliku tranformaSi
Jika darurat cepatlah siap evakuaSi
Harmonikan hidup berkongSi
Intimkan hubungan berkomunikaSi
Gigi tanggal kerana lemahnya guSi
Beli koyok dari toko farmaSi
Ada gahmen sorak demokraSi
Niat hati diamaukeruSi
Orang jahat digari pak poliSi
Orang sakit dirawat misSi
Lada sula banyak disulaweSi
Penambah rasa makanan diraSi
Kau suka minum air sarsi
Dia suka minum air teh Si
Memanjang banyak lagi Si
Cukup disini berbentuk puiSi
wiSma
ReplyDeleteaku hanya seorang pendatang
tiada apa cuma sehelai sepinggang
berbekal sebonjot hajat
ingin menumpang sebiji beras
kesana sini telah ku cuba
benarkan sekali disini seketika
mungkin nafas ku bernyaman seri
ketenangan ada dibumi sini
tak mengapa beratap langit
tak mengapa berbantal lengan
bukan mudah mendapat kebebasan
bebas dari panta perbudakan
ku menatang mohon
biar disini aku berwisma
dimana bumi ku pijak
disitulah langit ku junjung