Saturday, 29 October 2011

Bisikan SeRoja


mari embun bergugurlah
dinginkan lah aku
dampingi lah aku
terasa merinding bersama mu
mari mentari bercahayalah
hangatkan lah aku
sinari lah aku
terasa berseri ditampak mata
mari bayu menyisirlah
menyepoi aku berlenggang
khayal terbuai
segar mengulit diri
mari kumbang bercumbulah
bawa pulang madu ku
agar tak lapar anak2 mu
mari tangan suntinglah
agar aku menjadi hiasan
buat suka dan duka
lambang mu aku sekuntum seroja

Thursday, 27 October 2011

aku mahu kaYa


aku mahu kaya
kaya seperti mereka
kaya budi pekerti
berjalan mana tak bersendiri

aku mahu kaya
kaya seperti mereka
kaya iman dan amal
berjalan mana jadi bekal

aku mahu kaya
kaya seperti mereka
sabar menyampaikan kebenaran
berjalan mana punah kejahilan

aku mahu kaya
kaya seperti mereka
kaya di dunia dan akhirat
takut aku kedana melarat

aku tak mahu muflis
tak mahu aku mendewakan iblis....

Friday, 7 October 2011

LinanGan


disini aku terhiba
disini aku terduka
disini aku tergundah
disini aku terluka
disana kau sengaja
disana kau perkosa
disana kau mengada
disana kau takbur kata
disitu ada sebutir cangkir
disitu ada tadahan air
disitu ada lembab mengalir
disitu lah jiwa-jiwa bersepih...

Thursday, 6 October 2011

TuKun


memang kami disini
membungkah ditempat ini
berlantaikan karangan kerikil
melata duri malu-malu
menusuk telapak kaki

memang kami disini
bukan kami yang minta
bukan kami yang mahu
tapi kami dinobat
ini paseban kami

memang kami disini
kami boleh kesana
tapi harus kembali kesini
disana hujan emas:disini hujan batu
ini redha kami

memang kamu tak suka disini
kamu bahagia disana
disana banyak salju seloka
apalah yang ada ditempat kami
longgokan sarap: kami ditukun

Sunday, 2 October 2011

KiRaNa


KiRaNa

Kau berkidung semerdu suara
Menghambat mengimbau jiwa
Bibir mu berkidum manis
Tiada olahan tidak persis
Kau bicara bercogan madah
Kata mu mulus tiada noda
Bercotar kata memimpin segala
Berkuntum bahasa menghambat jiwa
Di malam hari kau purnama
Dapat kami bermandi cahaya
Di siang hari kau mentari cakra
Dapat kami berhayat sesama
Ingin kami bersama mu
Hajat kami tidak melulu
Kau cantek semulia teruja
Kau mutiara sepanjang masa

Saturday, 1 October 2011

SeMeRaP

kita berpantun
bayangan dan maksud tersusun

kita berpuisi
bernagam rangkai kimbah naluri

kita bersha'er
hikayat madah kata seri

kita berbait
sulaman mentera mencuit-cuit

kita bercerita
mengihsan selingan rasa

kita berbahasa
semerap lah riwayat budaya...