SaLaM SeJahteRa
Semoga dapat kita lestarikan laman ini dengan
menyumbangkan karya pelbagai bentuk dan ceritaberita yang membina terutama dari mantan pelajar.
Sekolah Menengah Telok Kurau..
.
Asal kapas dibuat benang.
Dari benang dibuat kain.
Tempat jatuh lagi dikenang.
Inikan pula tempat belajar dan bermain.
.
Sekian WasSaLam .
Copyright Control Pantun Warisan.
Monday, 11 July 2011
Friday, 1 July 2011
Puisi
Belah ?
Ada yang Cuba mengetuk canang
Ada puak ingin kesinambungan
Sekuat bunyi kelentang-kelentang
Sekuat tenaga orang dibilang
Pasiban dah terbina enggan disinggah
Malah mahu memacak bingkai baru
Gerbang kami kunci tak pernah
kenapa tidak menjenguk dulu
Apa salah duduk bersama
Apa salah sapa-menyapa
Mengapa pula adakan pendua
Mengapa cuba adakan beza
Disini kami membentang hambar
Disini kami tiada bercotar
Disini kami lama gamit mengimbau
Disini kami menghimpun lampau
Disana ada sebatang lorong
Ikutilah agar terdorong
Mungkin pasiban kami berpolong
Cogan kami bertera kosong
Ada yang Cuba mengetuk canang
Ada puak ingin kesinambungan
Sekuat bunyi kelentang-kelentang
Sekuat tenaga orang dibilang
Pasiban dah terbina enggan disinggah
Malah mahu memacak bingkai baru
Gerbang kami kunci tak pernah
kenapa tidak menjenguk dulu
Apa salah duduk bersama
Apa salah sapa-menyapa
Mengapa pula adakan pendua
Mengapa cuba adakan beza
Disini kami membentang hambar
Disini kami tiada bercotar
Disini kami lama gamit mengimbau
Disini kami menghimpun lampau
Disana ada sebatang lorong
Ikutilah agar terdorong
Mungkin pasiban kami berpolong
Cogan kami bertera kosong
Subscribe to:
Comments (Atom)