Saturday, 31 December 2011

Perani Ku

perjalanan ku menghala mentari terbenam
tak ku endah siang dan malam
merata denai : ngarai curam
biar bara ku genggam

berbekal bonjot tujuan waja
harus ku teruskan hayat sisa
setiap lembar silih berubah
jadi beza ukuran silah

berilah daku sesuap nafas
mudahan tidak aku lemas
lindungilah daku dari berwas
walau ku pegang sebelah tuas

dipinggir sini ku cacakkan jujui
membawa hajat janjian mahsuri
pertanda aku berehat seketika
telah ku berkelana kian bermahala

dari hulu hingga dipinggir
disini ku menyidai tabir
moga diseberang sana dapat ku lanjut
berpoyang jiwa diperani bonjot..

Selamat tinggal cerita 2011
Selamat datang 2012

Monday, 26 December 2011

DanGkaL


aku maseh kebutuhan
aku maseh memerlukan
aku maseh kecanduan

bukalah pintu untuk ku
nyalakan lentera itu
ku sujud pada Mu

benarkan aku berikhtiar peri
biarkan aku mencari
kabulkan satu jawapan pasti

aku tercangkat berdungu mistri
aku tertohor bertahiyat jari
aku ketemu yang bukan ku cari

Thursday, 22 December 2011

sunaM


mengapa kau ikuti denai itu
pojokan nya pasti tak selamat
ada bekas tapak-tapak buas
pergi mu mungkin tiada kembalinya
mengapa kau memburu angin lalu
tidak berhaluan jadinya
tamsil orang kekaruan jalu
persis pemadat ketagihan
mengapa kau berpurah bahasa
sifat pura jadi purdah
indah khabar dari rupa
lidah bercabang dua
mengapa menolak anugerah
mengapa tak sedar
kuras suci terbentang membela
terjun mu merugi padah..

Sunday, 18 December 2011

PermatanG


dapat kita berjalan disini
berjalan menuju kesana
jalan ini menghala selamat
dari pukulan anak ombak
jalan ini merata lantai
tidak tapak kesandongan
jalan ini meninggi tanah
tidak kita kegelisahan
jalan ini bentengan air
tidak basah berlecak lumpur
bekas langkah demi langkah
walau perlahan kita
takut tangkas tergelincir
takut terluka padah
di atas permatang kita berawas
usah leka
bila permatang berpuing runtuh..

Wednesday, 14 December 2011

TembeLinG

bahasa ku tuturan bonda
bicara ku bernazam cura
perkataan ku berpati minda kata
penyampaian ku berpacu jiwa
tiada apa yang tersirat
minda mu sangkak timbul khianat
terengah-engah akal melaknat
sajian ku dicerca cacat
kata tak sampai
tangan menggapai
terbelenggu seolah mangsai
menjawab tidak terkurai
silap sendiri menolak reti
silap sendiri menolak peri
silap sendiri menolak mudah
reka temberang: tembeling natijah....

Friday, 2 December 2011

DonGkoL


mengapa disini maseh sugul?
sedangkan didinding itu dian bernyala

mengapa disini maseh sepi?
sedangkan dianjung itu bedok bergempita

mengapa disini maseh berbaju kadut?
sedangkan diampaian tersidai sakhlat

mengapa disini tebat kontang?
sedangkan diluar hujan mencurah lebat

mengapa disini tiada diwangsa?
sedangkan dijiwa banyak lidah tergigit

mengapa disini tidak bening jerneh?
mungkin amarah maseh terurat
bernanah pekong nan perat..

Wednesday, 30 November 2011

PandiR

ada mata kau pandang
ada telinga kau dengar
ada mulut kau cakap

orang tanya kau jawab
orang diam kau bengap
orang kutuk kau senyap

disuruh kau buat
rajin sembunyi malas larat
mengampu hidup menjinak lalat

memapar diri setia bendul
tapi hakikat bagai samdol
sana sini disorak bahlul

kau jujur tapi bodoh
kau bodoh campur ego
konon gerak tampak tulus

Pandir mu fa so la ti do...

Sunday, 27 November 2011

DirgahaYu


perjalanan ini hampir tamat
dari pojokan denai
ku lalui rintangan onak liar
ku harungi ombak berketimbung
ku lewati suka dan duka
ku junjung tandu mulya
tujuan ku ke hilir
walau kaki ku gontai
walau tubuh ku lesu
walau kuping ku penuh bisikan iblis
tak mahu aku berhenti
berilah daku kubuan kebal
tatehkan daku titian lurus
benarkan daku bernafas suci
nobatkan lencana walau perunggu
kerana rehat ku seketika saja
kelana ku maseh jauh
ku seru dan ku mohon dirgahayu
izinkan daku bertemu...

sempena Maal Hijrah 1433

Friday, 25 November 2011

KuraS


kepingin daku mendamparkan
lenguh tak larat
tak bermaya
senggok tanpa swara
kuyu mata tercengok-cengok
jiwa suram berserpih lara
tamsil menuang air ke daun keladi
kepingin daku menggulung kembali
kuras bentangan ku
hanya kerana kau enggan menatap
kau enggan menitip rasa
kau tondong kalaman ku
gulungan kuras melembab hiba
tinta ku berconteng tak tereja
jiwa mu sengaja bertorah...

Tuesday, 22 November 2011

PikuN


orang kata kau pintar
bijak akal berfikir
orang kata kau petah
bijak mulut berkata
orang kata kau berhemah
santun tingkah bergaya
orang kata kau tulus
aura tampak kudus
tapi sebenarnya
kau bertopeng pura...
kini kau keegoan pinta
maseh petah
maseh berhemah
melayar kudus
jadian mu seolah pikun lisut
jebelos kelubang galian mu...

Sunday, 20 November 2011

RentaN


luka ini sekadar guris
tiada menitis nira darah
sakit sekadar gigitan kerengga

luka ini sekadar guris
tiada menitis nira darah
sakit sekadar gigitan kerengga

luka ini sekadar guris
tiada menitis nira darah
sakit sekadar gigitan kerengga

tapi kini gurisan luka menjalar
torehan mengalir deras
tertusuk lubuk sanubari
tembok resah bergegaran
belum ku temui penawarnya
parutku belum berbalut
rentan ku berpalit sua...

Thursday, 17 November 2011

JuaK

kau kegelisahan cuak ?
kau kebencian muak ?
kau kemarahan lalak ?

kian lama tak berbicara
kian lama tak bersua
kian lama tak bernandung sama

tapi kini kau disini
tapi kini tampil diri
tapi kini berhajat diri

mau cakna di tiak
mau keroh di tolak
mari kita berjuak...

Sunday, 13 November 2011

CeteRa CurA


diufuk sana mentari kan terbenam
saat mendetik terang kan karam
bertukar wajah melukis seram
selamat datang duhai malam
kau datang karna gilir
karma alam tentuan taqdir
jasad siang puas memanas
kau jirus mendingin bilas
gulita mu banyak tampak kekunang
panjutan banyak nyala dilaman
bara purnama bercahaya benderang
sematan bintang serak berkerdipan
pada malam dikelambu gulita
dalam gulita kita meraba
meraba bukan dek buta
cetera kita butuhkan indra cahaya...

Tuesday, 8 November 2011

Ratna PeKaJa


kaulah karmajaya
pembawa beningan cahaya
lisan mu beralun merdu
tingkah mu sopan tak melulu
acap kali kau disisi
tak luak ayat-ayat suci

kaulah karmajaya
menyusun kembang seroja
mewarna taman tampak seri
mengharum kasih semarak wangi
acap kali disisi
hembusan komulus semerbak kasturi

kaulah karmajaya
bukan dewata
kau berwisma dalam jiwa

Sunday, 6 November 2011

kuBuS AgunG

disana telah terbina
teraju kita sehala
seantero menghadap wajah
berjuta diantara kita
disana tempatnya
aroma insan berserah
hadir senyuman melata
terkedu sedak didada
disana ramai berhimpun
menadah berswara ampun
amalan sekian berkurun
berpatek dititah rukun
disana aku telah berada
disana aku telah sujud bersama
disana aku telah keliling bermesra
telah ku sentuh kubus Agung teruja...

SemPena idul adha..

Friday, 4 November 2011

deTak haTi


mengapa kau mendingin pada ku ?
membisu seribu kata
apa salah ku?

mengapa kau menghindar dari ku
menjauh seribu langkah
apa silap ku?

mengapa aku ditondong
persis setan polong
apa aku dah serong?

tapi aku maseh disini
karna ku tahu
kau tiada disana
kau bertopeng mengintai ku
selindang mu ada pada ku
detak hati mu berselingkuh rasa...

anCak

ku gubahkan untuk mu
ku kiaskan untuk mu
ku lirikkan untuk mu
ku alunkan untuk mu
ku notakan untuk mu
ku kandilkan untuk mu
ku saljukan untuk mu
mentera ku untuk mu
doa ku untuk mu
senyum ku untuk mu
maseh kau tolak sajian ku ?

Saturday, 29 October 2011

Bisikan SeRoja


mari embun bergugurlah
dinginkan lah aku
dampingi lah aku
terasa merinding bersama mu
mari mentari bercahayalah
hangatkan lah aku
sinari lah aku
terasa berseri ditampak mata
mari bayu menyisirlah
menyepoi aku berlenggang
khayal terbuai
segar mengulit diri
mari kumbang bercumbulah
bawa pulang madu ku
agar tak lapar anak2 mu
mari tangan suntinglah
agar aku menjadi hiasan
buat suka dan duka
lambang mu aku sekuntum seroja

Thursday, 27 October 2011

aku mahu kaYa


aku mahu kaya
kaya seperti mereka
kaya budi pekerti
berjalan mana tak bersendiri

aku mahu kaya
kaya seperti mereka
kaya iman dan amal
berjalan mana jadi bekal

aku mahu kaya
kaya seperti mereka
sabar menyampaikan kebenaran
berjalan mana punah kejahilan

aku mahu kaya
kaya seperti mereka
kaya di dunia dan akhirat
takut aku kedana melarat

aku tak mahu muflis
tak mahu aku mendewakan iblis....

Friday, 7 October 2011

LinanGan


disini aku terhiba
disini aku terduka
disini aku tergundah
disini aku terluka
disana kau sengaja
disana kau perkosa
disana kau mengada
disana kau takbur kata
disitu ada sebutir cangkir
disitu ada tadahan air
disitu ada lembab mengalir
disitu lah jiwa-jiwa bersepih...

Thursday, 6 October 2011

TuKun


memang kami disini
membungkah ditempat ini
berlantaikan karangan kerikil
melata duri malu-malu
menusuk telapak kaki

memang kami disini
bukan kami yang minta
bukan kami yang mahu
tapi kami dinobat
ini paseban kami

memang kami disini
kami boleh kesana
tapi harus kembali kesini
disana hujan emas:disini hujan batu
ini redha kami

memang kamu tak suka disini
kamu bahagia disana
disana banyak salju seloka
apalah yang ada ditempat kami
longgokan sarap: kami ditukun

Sunday, 2 October 2011

KiRaNa


KiRaNa

Kau berkidung semerdu suara
Menghambat mengimbau jiwa
Bibir mu berkidum manis
Tiada olahan tidak persis
Kau bicara bercogan madah
Kata mu mulus tiada noda
Bercotar kata memimpin segala
Berkuntum bahasa menghambat jiwa
Di malam hari kau purnama
Dapat kami bermandi cahaya
Di siang hari kau mentari cakra
Dapat kami berhayat sesama
Ingin kami bersama mu
Hajat kami tidak melulu
Kau cantek semulia teruja
Kau mutiara sepanjang masa

Saturday, 1 October 2011

SeMeRaP

kita berpantun
bayangan dan maksud tersusun

kita berpuisi
bernagam rangkai kimbah naluri

kita bersha'er
hikayat madah kata seri

kita berbait
sulaman mentera mencuit-cuit

kita bercerita
mengihsan selingan rasa

kita berbahasa
semerap lah riwayat budaya...

Friday, 9 September 2011

Earth and Heavens were One Entity



Do not the unbelievers see that the heavens and the earth were joined together (as one Unit of Creation), before We clove them asunder?






Monday, 1 August 2011

Puisi

KedaTanGan

nun jauh berkat mu tampak
cahaya mu menghala tapak
angin berdesir seolah bumi meretak
tamsil hadir mu menyirna porak
ledang mu menyala bening
haruman mu mewangi seiring
aura mu merapat damping
ganjar mu tersusun piring
siang dan malam tidak henti
kau bertaburan sana sini
pemberianMu tidak terperi
merebut sebelum akhir kini
Marhaban Ya Ramadhan
kecil tapak tangan : nyiru ku tadahkan
Marhaban Ahlan Wa Sahlan
sila mampir hambar ku bentang

Friday, 1 July 2011

Puisi

Belah ?

Ada yang Cuba mengetuk canang
Ada puak ingin kesinambungan
Sekuat bunyi kelentang-kelentang
Sekuat tenaga orang dibilang

Pasiban dah terbina enggan disinggah
Malah mahu memacak bingkai baru
Gerbang kami kunci tak pernah
kenapa tidak menjenguk dulu

Apa salah duduk bersama
Apa salah sapa-menyapa
Mengapa pula adakan pendua
Mengapa cuba adakan beza

Disini kami membentang hambar
Disini kami tiada bercotar
Disini kami lama gamit mengimbau
Disini kami menghimpun lampau

Disana ada sebatang lorong
Ikutilah agar terdorong
Mungkin pasiban kami berpolong
Cogan kami bertera kosong

Sunday, 5 June 2011

Puisi

Sekolah Menengah Telok Kurau

T elah aku hangat didakapan mu
E ngkau tersergam berpeluk dipersimpangan
L orongan jalan ramai bercumbu
O rak-arik mencari segulung ijazah
K eramaian taulan bersatu hajat

K ini sergam mu merata separas
U kuran usia dihukum lumat
R ibuan terlahir hanya mampu berpandang
A tas kadar terkubur wisma badan
U ntuk mu ku tabur kuntuman melor

patah tak tumbuh
         hilang tak berganti
tapi nisan mu
       melata disana sini      

Thursday, 5 May 2011

PantuN

hari demi hari deras berlalu
detik berderap meninggalkan waktu
tetap lembar menunjuk bisu
rumah baru tidak di alu

mengapa maseh mengawet rasa
mengapa simpan pekong di dada
belakang lalang usah di sembunyi
telor tembelang berbau hanyi

di sini pasti ada
gundah gulana bertaut jenaka
mungkin tidak semanis korma
sikit banyak hilang gila

photo tatapan memang bisu
tatap berkali belo menjadi
klip kenangan sumbangan tuju
agar berdendang tika bersendiri

kata di sini kata pembuka
berpindah rumah langsir mewarna
elok kita duduk bersila
kita bermula dalang bercerita

Friday, 29 April 2011

Puisi

Sawan MomoK

dalam sepi kau menjelma
kau datang membahana jiwa
mengutus suka dan duka
membakar sumbu benderang lentera

udara haprak berubah nyaman
bebunga warna menghias taman
dayung siap di hujung tangan
molek kita gerakkan sampan

usah gusar janganlah takut
tidak sakit gigitan semut
tidak diri berubah reput
tidak akal bernafas semput


orang lapar disuap makan
orang kantuk disorong bantal
kenapa maseh kephobiatiqan
simpan takut menjadi bekal